Syarat Am Kemasukan | 1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas) |
Tempoh Pengajian | 4 semester |
SINOPSIS
Sijil Fesyen & Pakaian adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang fesyen.Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
1.Pengenalan kepada alat dan bahan jahitan serta pegendalian mesin jahit.
2. Teknik mengambil ukuran badan dengan betul.
3. Penghasilan Pola Pakaian.
4. Menjahit Pakaian ( slek lelaki, blous wanita, pakaian tradisional wanita )
5. Teknik Melakar Rekaan Pakaian ( Fashion Sketches )
6. Sulaman ( manik dan labuci, sulaman benang dan sulaman riben )
7. Menunjukkan kemahiran pengurusan dan ciri – ciri keusahawanan dalam bidang fesyen serta perspektif yang meluas di dalam alam perniagaan sebenar.
PROSPEK KERJA
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Fesyen & Pakaian. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya dalam bidang berikut sebagai:
Pembuat Pakaian
Pereka Pola Pakaian
Pembantu Pereka Pakaian
Pembantu Tenaga Pengajar
Usahawan / Perniagaan Sendiri